Wednesday - 4, June 2025

Zafrul serah pada PM tentukan kedudukannya dalam kabinet…

Share

Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz yang berlepas tunai Haji pada Sabtu serah kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tentukan kedudukan beliau dalam kabinet.

“Buat masa ini saya mohon kepada semua untuk berikan saya ruang untuk fokus kepada ibadah haji,” kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri itu.

“Saya tiada komen, seperti saya sebut tadi saya mahu beri fokus kepada menunaikan fardu haji dengan keluarga saya, saya serahkan semuanya kepada Perdana Menteri,” katanya.

Beliau menyatakan demikian ketika diminta mengulas gesaan mengosongkan jawatan sebagai menteri selepas didakwa ia adalah kouta milik UMNO.

Tengku Zafrul semalam menghantar surat peletakan jawatan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT), Ketua UMNO Bahagian Kota Raja dan ahli UMNO kepada pucuk pimpinan parti.

Tengku Zafrul turut mengesahkan sudah menyatakan hasrat untuk menyertai PKR kepada Presiden, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Setiausaha Agung, Dr Fuziah Salleh.

Beliau menegaskan keputusan beliau untuk meninggalkan UMNO dan menyertai PKR dibuat atas pilihan sendiri tanpa sebarang paksaan daripada mana-mana pihak.

Menurutnya ia bukan suatu keputusan yang mudah dan beliau perlu memikirkan secara mendalam sebelum sebarang tindakan diambil.

“Keputusan ini bukan keputusan yang senang, saya telah memikirkannya secara mendalam pada masa sama ingin saya tegaskan ini adalah pilihan saya sendiri dan bukan dipaksa oleh mana-mana pihak.

“Saya juga amat menghargai mereka yang memahami hak saya sebagai individu dalam memilih hala tuju politik saya.

“Terima kasih kepada Presiden UMNO dan rakan-rakan, ahli UMNO yang telah banyak membantu, beri sokongan dan dorongan sepanjang saya aktif di dalam UMNO,”katanya.- 31/5/2025

Read more

khabar terbaru