Monday - 9, June 2025

Jamal sudah bebas kanser….

Share

Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar,Selangor Datuk Seri Jamal Md Yunos yang kontroversial pada Isnin umum khabar yang mengejutkan mengenai kedudukan kesihatan dirinya.

Beliau yang mengidap kanser sejak 2022 kata kini sudah bebas dari cengkaman penyakit yang membunuh itu.

Sebelum ini pada bulan Mac lalu Jamal yang berusia 54 tahun kata tahap kesihatan beliau semakin merosot teruk.

“Alhamdulillah akhirnya saya dapat bertahan dan kanser telah pun disahkan oleh doktor pakar hilang daripada badan saya,” katanya.

“Alhamdulillah setelah empat ke lima bulan saya bertarung dengan kanser tahap akhir daripada paru-paru merebak ke otak dan kemudian seluruh badan.

Beliau ucap ribuan terima kasih rakan-rakan, sahabat handai dan seluruh rakyat Malaysia yang mendoakan kesihatannya.

Antara yang mendoakan beliau sembuh ialah bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sekalipun mereka pernah berkrisis politik.- 9/6/2025

Read more

khabar terbaru