Sunday - 13, July 2025

Malaysia tolak lobi Amerika agar tidak hadir persidangan PBB mengenai Palestin

Share

Malaysia tetap akan hadir persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) anjuran Peranchis dan Arab Saudi di New York dengan fokus utama terhadap penyelesaian dua negara dalam konflik Israel-Palestin.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menolak usaha Amerika yang dipimpin Presiden Donald Trump untuk melobi agar tidak menyertainya.

Ketika ditemui media selepas solat Jumaat di Masjid Azzubair Ibnul Awwam di Kuala Lumpur beliau menegaskan, mana-mana negara berhak untuk hadir bagi menyatakan pandangan masing-masing.

“Mana-mana negara berhak hadir untuk mengemukakan pandangan mereka terutama keadilan bagi rakyat Palestin dan Gaza. Itu pandangan kita.

“Jadi saya menyokong inisiatif dalam hal ini oleh Putera Mahkota Mohamed bin Salman dan juga Presiden Perancis, (Emmanuel) Macron,” katanya.

Persidangan dijadual berlangsung di New York dari 17 hingga 20 Jun.

Anwar beritahu beliau tidak hadir tetapi Malaysia akan hantar wakil ke persidangan berkenaan.- 13/6/2025

Read more

khabar terbaru