Thursday - 3, July 2025

Kini boleh tunai solat Jumaat di R&R Seremban

Share

Mereka yang kebetulan lalu di Lebuhraya Utara Selatan (Arah Selatan) dekat Seremban tidak perlu bimbang jika sudah dekat dengan waktu solat Jumaat.

Ini kerana surau di R&R Seremban sudah jadi surau pertama dapat kebenaran solat Jumaat.

Surau ini mampu menampung sehingga 150 jemaah lelaki pada satu-satu masa, dan direka bentuk dengan ciri mesra pengguna termasuk kemudahan untuk warga emas serta golongan berkeperluan khas.

Sebagai persediaan untuk mendirikan solat Jumaat, surau tersebut telah dinaik taraf dengan pemasangan mimbar, mihrab, sistem pembesar suara.

Ketua Pegawai Operasi PLUS, Datuk Ir. Zakaria Ahmad Zabidi berkata, projek ini merupakan hasil kerjasama pelbagai pihak termasuk Kerajaan Negeri Sembilan, Jabatan Mufti Negeri, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS), Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) serta PLUS Malaysia Berhad (PLUS).

Katanya, penyediaan kemudahan tersebut merupakan sebahagian daripada usaha berterusan PLUS untuk meningkatkan mutu perkhidmatan serta menyediakan ruang ibadah yang selesa kepada pengguna lebuh raya.

“Inisiatif ini bukan sahaja memudahkan pengguna lebuh raya, malah turut memberi manfaat kepada komuniti pekerja di R&R serta penduduk sekitar Labu dan Seremban.

Sementara itu, Mufti Negeri Sembilan, Profesor Madya Datuk Dr Faudzinaim Badaruddin berkata, kebenaran mendirikan solat Jumaat di surau tersebut telah diluluskan sebulat suara oleh Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan Darul Khusus mengikut Seksyen 47 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Sembilan) 2003.

“Kebenaran itu berkuat kuasa mulai 4 Julai ini dan bersifat sementara sehingga satu surat pembatalan dikeluarkan oleh pihak jabatan berkenaan.- 2/7/2025

Read more

khabar terbaru