TAHUKAH ANDA

TMJ gesa Kerajaan Persekutuan pulangkan 25% cukai negeri Johor

Johor boleh berdiri dengan kaki sendiri sekiranya hasil cukai pendapatan negeri sebanyak 25 peratus diberikan semula kepada Johor.

Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bertitah, menerusi pulangan cukai tersebut negeri ini tidak perlu membebankan Kerajaan Persekutuan.

“Atau meminta permohonan daripada kerajaan Persekutuan dan terpaksa menunggu sekian lama untuk mendapatkan kelulusan,” titah Tunku Mahkota Ismail dalam satu kenyataan hari ini.

Baginda berkata, permohonan itu selepas melihat beberapa kelemahan yang berlaku baru-baru ini melibatkan kemudahan awam dan projek pembangunan.

Antaranya titah baginda, berkenaan kelewatan pembukaan Hospital Pasir Gudang yang sepatutnya dibuka secara berfasa pada Ogos 2025.

Tunku Mahkota Ismail turut melahirkan rasa kecewa dengan perkembangan itu kerana ditangguhkan pada Januari 2026.

Baginda turut menyentuh mengenai su gangguan sistem autogate di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) di sini dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB), Gelang Patah.

“Hospital, projek tebatan banjir dan sebagainya, ingin saya sampaikan kepada rakyat Johor betapa pentingnya cukai hasil pendapatan negeri Johor harus dipulangkan sebanyak 25 peratus kepada Johor,” titah baginda.

Pada Disember lalu, Tunku Mahkota Ismail dilaporkan, meminta kerajaan Persekutuan mempertimbangkan untuk memberi balik 20 hingga 30 peratus hasil cukai yang dikutip dari Johor.

Baginda dilaporkan bertitah, pada masa ini kerajaan Johor memberikan antara RM48 bilion hingga RM49 bilion setahun cukai negeri kepada kerajaan Persekutuan.-23/7/2025

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button