YANG VIRAL

Jho Low: Jika kami bertemu, kami akan beritahu…-Saifuddin

Sudah berkali kali kisah ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low tenggelam timbul.

Ada masa dilihat di sana…ada masa di sini…al kisahnya dikatakan pakai pasport negara itu…pakai paspot negara ini dan menyamar berbagai rupa.

Rasanya James Bond 007 pun boleh pancit nak menjejak budak Penang yang didakwa figura utama kes IMDB ini.

Terbaru media antarabangsa lapor bahawa Jho Low dilihat di Shanghai dan didakwa sedang bekerja dengan kerajaan China sebagai “pakar strategi di belakang tabir”.

Wartawan penyiasatan Bradley Hope dan Tom Wright berkata Jho Low menggunakan pasport palsu Australia dengan nama Greek, Constantinos Achilles Veis untuk menyembunyikan identitinya semasa bergerak dari satu tempat ke tempat lain.

“Dia tinggal di kawasan kejiranan mewah di Shanghai yang dikenali sebagai Green Hills, dalam sebuah banglo dengan kereta-kereta mewah, dan berulang-alik 15 minit ke pejabatnya di Pusat Kewangan Shanghai,” dakwa mereka dalam surat berita “Whale Hunting”.

Pada tahun 2023, Hope menolak dakwaan bahawa Jho Low berada di Macau, dan menyatakan dia percaya bahawa ahli perniagaan itu sebenarnya dikenakan tahanan rumah di Shanghai.

Ditemui wartawan di Kuala Lumpur pada Khamis, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail kata pihak polis setakat ini tidak memperoleh bukti sahih mengenai dimana keberadaan Jho Low.

Katanya, KDN melalui polis sentiasa menjalinkan kerjasama erat dan berterusan dengan pihak berkuasa serta agensi penguatkuasaan undang-undang antarabangsa untuk menyiasat keberadaan Jho Low.

“Sehingga sekarang, saya katakan bahawa tuntutan mahkamah mengenai lokasi dan penggunaan pasport individu-individu tersebut, setakat ini tiada faktor sokongan atau sebarang bukti yang mengesahkan kebenarannya.

“Itu sahaja. Kami tidak bertemu (lokasi Jho Low). Jika kami bertemu, kami akan beritahu,” katanya.

“Jadi, (kisah terbaru pasal Jho Low) ia kekal sebagai laporan oleh media.

“Jika ada perkembangan baru, saya akan laporkan,” kata Saifuddin.- 24/7/2025

Berita Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button