SUARA PEMBACA

Reformasi kesihatan bukan lagi pilihan, tetapi keperluan

Sistem penjagaan kesihatan yang efisien dan mesra rakyat menjadi fokus utama Forum Ilmuwan Malaysia MADANI Siri 7.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata reformasi kesihatan bukan sekadar matlamat tetapi kini menjadi satu keperluan khasnya untuk kepentingan rakyat.

“Reformasi kesihatan bagi saya bukan lagi matlamat masa depan. Ia sebenarnya keperluan kita sekarang.

Saya fikir kita telah banyak membincangkan tentang meningkatkan pelaburan awam, ia perlu memberi tumpuan kepada penjagaan pencegahan berbanding penjagaan tepat dan sebagainya,” katanya.

Beliau yang juga mewakili Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut mengemukakan empat isu utama yang lain antaranya pembiayaan perubatan, populasi warga emas dan kerjasama sektor awam dan swasta dalam bidang perubatan.

Tiga panel turut serta dalam perbincangan, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan IHH, Dr. Prem Kumar Nair dan Pro-Naib Canselor Universiti Monash Malaysia, Profesor Emeritus Datuk Dr. Adeeba Kamarulzaman.

Datuk Seri Fadillah berharap agar forum berkenaan mampu menjadi platform perbincangan dan percambahan idea sekali gus menjadi penghubung kukuh antara kerajaan dan rakyat.-1/8/2025

Berita Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button