Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the auxin-news domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /var/www/vhosts/x-press.my/httpdocs/wp-includes/functions.php on line 6131
Mesyuarat sempadan Thailand-Kemboja dialih ke KL … US, China dijemput hadir - X-press Malaysia
Home / TAHUKAH ANDA / Mesyuarat sempadan Thailand-Kemboja dialih ke KL … US, China dijemput hadir

Mesyuarat sempadan Thailand-Kemboja dialih ke KL … US, China dijemput hadir

Mesyuarat Jawatankuasa Sempadan Am (GBC) antara Thailand dan Kemboja yang pada asalnya dijadualkan berlangsung di Phnom Penh, akan diadakan di Kuala Lumpur pada 5 Ogos ini.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil berkata, pertukaran lokasi itu dibuat atas permintaan kerajaan Thailand yang mencadangkan Malaysia sebagai lokasi berkecuali.

“Pihak Thailand minta mesyuarat GBC tidak dilakukan di Phnom Penh, sebaliknya dibawa ke Kuala Lumpur.

“Jemaah Menteri dimaklumkan Kementerian Pertahanan (MINDEF) akan menyelaraskan mesyuarat itu.

“Pra-mesyuarat akan berlangsung pada hari Isnin dan mesyuarat GBC akan berlangsung pada hari Selasa.

“Atase pertahanan negara Amerika Syarikat dan China juga dijemput untuk menghadiri mesyuarat berkenaan.

“Selain itu, rundingan itu juga akan disertai pasukan pemantau gencatan senjata yang dianggotai negara-negara ASEAN,” katanya pada sidang media pasca mesyuarat Kabinet di sini, hari ini.

Isnin lalu, Thailand dan Kemboja bersetuju melaksanakan gencatan senjata serta-merta dan tanpa syarat susulan mesyuarat khas yang dianjurkan di Putrajaya oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, selaku Pengerusi ASEAN 2025.

Sebelum ini, Kementerian Pertahanan Thailand mencadangkan Malaysia sebagai lokasi mesyuarat selaras dengan amalan standard antarabangsa untuk tidak mengadakan rundingan antara pihak bertelagah di wilayah mana-mana negara yang terbabit dalam konflik.

Cadangan itu turut dipersetujui Timbalan Perdana Menteri Kemboja, Jeneral Tea Seiha, yang juga Menteri Pertahanan, dengan mencadangkan agar wakil daripada tiga negara iaitu Malaysia, Amerika Syarikat dan China turut hadir sebagai pemerhati.

Konflik di sempadan Thailand-Kemboja tercetus dengan pertempuran singkat pada 28 Mei lalu dan memuncak menjadi pertempuran bersenjata pada 24 Julai.-1/8/2025

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *