
Dr Akmal mahu tindakan tegas tetap diambil jika benar pemasang bendera Jalur Gemilang terbalik di Port Dickson orang OKU…
Polimek tentang kejadian tidak wajar melibatkan Jalur Gemilang sudah berulang kali berlaku.Terbaru bendera negara itu dipasang secara terbalik di sebuah sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC) di Port Dickson, Jumaat lalu.
Maka seperti biasa pelbagai kenyataan dibuat termasuk minta isu ini jangan dipolitikan.
Kejadian dikatakan berpunca dari seorang pekerja OKU yang memasang bendera itu.
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh telah mengambil pendirian yang tegas dalam isu terbaru ini.
Menerusi hantaran di laman facebooknya beliau menegaskan tindakan berat tetap perlu dikenakan ke atas pihak sekolah tersebut sekiranya benar individu yang memasang Jalur Gemilang terbalik itu merupakan orang kurang upaya (OKU).
Selain itu, katanya, pihak sekolah juga perlu dikenakan tindakan kerana tidak langsung mengambil cakna selepas Jalur Gemilang itu dipasang dan dibiarkan begitu sahaja.
“Kita tidak mahu alasan OKU menjadi alasan utama lagi jika perkara ini berulang kembali!.
Bagi Dr Akmal kejadian itu bukanlah isu politik sebaliknya soal patriotisme kepada negara.
“Saya harap Kementerian Pendidikan juga mengambil perkara ini dengan serius agar ia menjadi pengajaran buat semua.
“Saya juga mendesak Kementerian Pendidikan untuk siasat siapakah OKU tersebut? Adakah OKU fizikal atau mental? Jika individu itu adalah OKU mental, adakah dia dibenarkan bekerja dalam premis sekolah?,” katanya.
Ketua Pemuda DAPSY Malaysia Woo Kah Leong dalam kenyataan anggap tindak tanduk politikan isu bendera dipasang terbalik tidak akan bawa Malaysia ke hadapan.
Menurutnya mereka yang buat salah itu wajar ditegur agar tidak mengulanginya demi bina jambatan perpaduan…bukannya jerit sana sini.
Dalam pada itu Kementerian Pendidikan dicadang adakan SOP pasang Jalur Gemilang di sekolah.
BERIKUT IALAH TULISAN DR AKMAL DI LAMAN FACEBOOKNYA : Yang ketua cakap isu bendera terbalik ni dipolitikkan dan menuduh rakyat yang marah ttg isu ni gagal membina jambatan perpaduan
Mcm mana nak bina jambatan perpaduan jika isu asas untuk hormat bendera negara pon tidak faham,malah disalahkan OKU pula
Dan rakyat tidak akan marah jika ini insiden yang pertama kali berlaku dalam negara ini,tetapi sudah berulang kali berlaku terutama pada bulan kemerdekaan,seolah tidak ada langsung rasa hormat pada bendera negara
Yang anak buah nak minta kpm buat sop pasang bendera.
Xkan nak pasang bendera yang kita hormat dan lihat dari sekolah tadika sampai ke tua nak kena ada SOP,xkan tidak tahu mana yang betul dan mana yang terbalik..
Melainkan mmg kamu tidak kenal langsung bendera Malaysia lah..
Kalau kamu tidak kenal bendera Malaysia,kamu boleh google jer sop cara pemasangan,xperlu minta KPM keluarkan sop lah..
Yang kita minta adalah satu tindakan tegas kepada yang bertanggungjawab!
DALAM HANTARAN SEBELUM ITU ,DR AKMAL MENULIS : Jika benar yang memasang bendera terbalik ini adalah seorang OKU
Maka tindakan berat tetap perlu dikenakan ke atas pihak sekolah kerana
1)membenarkan seorang pekerja oku memasang bendera tanpa pengawasan dan kenapa pekerja oku ini yang diberikan tanggungjawab memasang bendera jika sudah tahu beliau adalah seorang oku dan bukan pekerja lain
2) tidak langsung cakna selepas bendera itu dipasang dan dibiarkan begitu sahaja
Kita tidak mahu alasan oku/orang kurang siuman menjadi alasan utama lagi jika perkara ini berulang kembali!
Saya harap kementerian pendidikan juga mengambil perkara ini dengan serius agar ia menjadi pengajaran buat semua,dan saya mendesak juga kementerian pendidikan untuk siasat siapakah oku tersebut,adakah oku fizikal ataupun mental? Jika individu itu adalah oku mental,adakah ia dibenarkan bekerja di dalam premis sekolah??
Dan kepada pemimpin politik yang bercakap jangan politikkan perkara ini,kamu sebenarnya yang mempolitikkan perkara ini,kerana ini bukan soal politik,tetapi soal patriotisme terhadap negara ini
Dr akmal saleh
LAPORAN BERNAMA PADA 3 OGOS MENGENAI ISU ITU : Jalur Gemilang dipasang terbalik, SJKC Chung Hua PD mohon maaf atas kecuaian
SEREMBAN: Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chung Hua Port Dickson memohon maaf secara terbuka susulan insiden pemasangan Jalur Gemilang terbalik di premis sekolah berkenaan pada Jumaat lalu.
Dalam kenyataan bersama Lembaga Pengelola, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta pentadbiran sekolah, mereka meluahkan rasa kesal terhadap insiden itu yang disifatkan sebagai kecuaian tidak disengajakan.
Menurut kenyataan itu, kejadian berlaku pada petang 1 Ogos apabila seorang pekerja sekolah memasang bendera sebelum tamat waktu bekerja, namun tanpa disedari satu daripadanya dipasang secara terbalik.
“Pihak sekolah menerima makluman mengenai perkara itu sekitar jam 5 petang dan segera mengambil tindakan membetulkannya,” katanya menerusi kenyataan yang dimuat naik di laman rasmi Facebook SJKC Chung Hua Port Dickson.
Pihak sekolah turut mengakui insiden berkenaan menimbulkan kekeliruan dan kegusaran awam, terutama apabila ia tular di media sosial.
Sehubungan itu, pihak sekolah berjanji akan terus menjalankan tanggungjawab pendidikan dengan penuh integriti serta menegaskan komitmen untuk sentiasa menghormati simbol kedaulatan negara.
Selain itu, SJKC Chung Hua turut berikrar memperkukuh prosedur pemantauan dan pelaksanaan serta meningkatkan tahap kewaspadaan bagi mengelak kejadian sama berulang pada masa depan. – BERNAMA