FOKUS

Apakah ada berita besar pada 13 Ogos ini?

Tandatanya ini berlegar kerana pada hari berkenaan Mahkamah Persekutuan menetapkan sebagai tarikh keputusan rayuan pihak pendakwaan berhubung permohonan semakan kehakiman bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk menjalani hukuman penjara secara tahanan di rumah.

Jabatan Peguam Negara memfailkan rayuan untuk mengetepikan keputusan majoriti 2-1 oleh Mahkamah Rayuan pada 6 Januari lalu, yang telah memutuskan supaya kes Najib dikembalikan ke Mahkamah Tinggi untuk didengar berdasarkan merit.

Keputusan itu akan disampaikan oleh panel tiga hakim yang diketuai Hakim Besar Malaya, Datuk Mohd Hasnah Mohammed Hashim, bersama dua lagi Hakim Mahkamah Persekutuan, iaitu Datuk Zabariah Mohd Yusof dan Datuk Hanipah Farikullah.

Najib yang juga bekas Ahli Parlimen Pekan mendakwa Titah Adendum daripada Yang di-Pertuan Agong ke-16 membolehkan beliau menjalani baki tempoh penjara secara tahanan di rumah.

Beliau kini menjalani hukuman penjara enam tahun di Penjara Kajang, Selangor selepas disabitkan bersalah menyeleweng RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd.- 7/8/2025

Berita Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button