YANG VIRAL

PM kunjungi Amir Raja Lawak di kedai ayam gorengnya…

Amir Raja Lawak yang kini berdepan dugaan hidup yang berat tidak pernah menduga hasratnya untuk bertemu Perdana Menteri yang dikongsikan di laman Facebooknya jadi kenyataan.

Hari ini Sabtu 9 Ogos…Datuk Seri Anwar Ibrahim yang merasmikan Majlis Penutup Program Madani Rakyat (PMR) Kelantan di Kota Bharu meluangkan sekitar 30 minit berkunjung ke kedai ayam goreng Amir tidak jauh dari Stadium Sultan Muhammad IV pada jam 4 petang.

Hadir sama Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Nassuruddin Daud.

Amir,36 yang kini bergelut dengan hidup untuk menampung rawatan bapanya yang mengidap kanser usus sangat teruja dengan kunjungan mereka.

“Selain tanya berkaitan isu gaji, Perdana Menteri juga turut bertanya khabar keadaan ayah saya yang menjalani pembedahan kali kedua akibat kanser usus di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, hari ini,”katanya.

Media sebelum ini melaporkan, Amir dan dua pelawak lain berdepan saman fitnah yang difailkan oleh sebuah syarikat penyiaran.

Ini ekoran isu mereka menuntut bayaran tunggakan berbaki RM18,000 bagi pembabitanya dalam sebuah program televisyen.

Amir beritahu beliau turut menerima sumbangan kewangan daripada Anwar dan Mohd Nassuruddin.

“Sumbangan yang diberikan akan saya gunakan sebaiknya terutama untuk membantu keluarga termasuk menyediakan keperluan termasuk ubat-ubatan untuk bapa saya yang sakit,” katanya.- 9/8/2025

Berita Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button