FOKUS

Fitnah…dakwaan motosikal kena tol mulai Oktober

Entah tiba tiba sejak semalam,Jumaat timbul ‘kisah’ konon mulai Oktober ini penunggang motosikal akan dikenakan tol di lebuhraya.

Maka ramailah yang melompat dan isu ini jadi tular tak tentu pasal.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi sendiri terkejut.

Ditemui wartawan pada satu majlis di Kelantan pada Ahad beliau menegaskan “Apa yang tular di media sosial berkenaan tol kepada penunggang motosikal adalah tak betul, saya rasa itu fitnah.”

Katanya tiada sebarang tol akan dikenakan ke atas penunggang motosikal dan kementerian tak pernah mempunyai perancangan ke arah itu.

Gara gara itu Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) juga telah keluarkan kenyataan mengesahkan tiada sebarang perubahan terhadap kategori kenderaan yang dikenakan tol buat masa ini, termasuk penunggang motosikal.

Ia menyifatkan isu berkenaan sebagai maklumat tidak benar yang mengelirukan orang ramai serta berpotensi mencetuskan kebimbangan tidak berasas dalam kalangan penunggang motosikal.

LLM menggesa orang ramai, khususnya pengguna lebuh raya bertol, agar tidak mempercayai atau menyebarkan maklumat palsu yang mengelirukan atau bersifat hasutan dan merujuk kepada sumber rasmi pihak berkuasa.

Semalam, tular di media sosial dan mencetuskan polemik ramai apabila ada pihak yang buat hantaran penunggang motosikal akan merasai pengalaman membayar tol mulai Oktober ini.

Sehingga kini, hantaran itu mendapat 6,900 tanda suka, 2,100 komen dan 576 perkongsian..- 10/8/2025

Berita Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button