
Ini komen Altimet ,Ketua Cabang PKR Ampang pasal kemasukan Tengku Zafrul ke cabang itu
Baru saja disahkan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz diterima menjadi ahli PKR Cabang Ampang,Selangor sudah berlegar cakap cakap beliau mungkin jadi calon ahli parlimen kawasan itu.
Ahli parlimen Kawasan itu sekarang ialah Rodziah Ismail yang diketahui umum sebagai orang Datuk Seri Rafizi Ramli.
Rodziah baru baru in tewas dalam pemilihan Ketua Wanita PKR ditangan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek
Ketua Cabang PKR Ampang, Syed Ahmad Abdul Rahman Alhadad atau lebih dikenali sebagai Altimet segera mengeluarkan satu kenyataan menjelaskan, buat masa ini masih terlalu awal untuk bicara hal berkenaan.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lembah Jaya berkata cabang itu mengalu-alukan mana-mana individu, tanpa mengira latar belakang untuk bersama-sama menyertai PKR dalam usaha membina Malaysia yang lebih adil, makmur dan progresif.
“Cabang Ampang percaya kekuatan parti terletak pada kepelbagaian idea, tenaga dan komitmen ahli-ahli yang bernaung dibawah kepimpinan berteraskan prinsip,” katanya.
Katanya sebagai parti progresif, pencalonan di pilihan raya tidak terikat kepada alamat permastautin, lokasi cabang dianggotai atau jawatan dalam parti, seperti syarat ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
“Fokus dicabang Ampang adalah memperkukuh gerak kerja di akar umbi, membela kebajikan rakyat serta memastikan agenda reformasi yang dibawa Perdana Menteri dan kepimpinan parti dapat direalisasikan dengan berkesan,” katanya.- 10/8/2025