SUARA PEMBACA

Kes Zara Qairina…SKMM siasat individu sebar maklumat palsu di media sosial

Seorang individu yang sebar kandongan palsu berkaitan kes Allahyarham Zara Qairina Mahathir di media sosial dipanggil Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) yang memperuntukkan denda maksimum RM500,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Kandungan terbabit dipercayai mengandungi maklumat palsu serta bersifat 3R (kaum, agama dan institusi diraja) yang boleh mencetuskan kekeliruan awam dan mengganggu kelancaran siasatan pihak berkuasa.

Menurut SKMM dalam satu kenyataan individu berkenaan hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras pada 9 Ogos.

Katanya satu unit telefon bimbit dan sekeping kad SIM turut disita bagi membantu siasatan.

SKMM mengingatkan orang ramai supaya memberi ruang kepada pihak berkuasa menjalankan siasatan serta berhati-hati daripada menyebarkan sebarang spekulasi yang boleh menimbulkan kekeliruan awam.

Katanya maklumat yang tidak disahkan bukan sahaja berisiko menggores hati keluarga mangsa, malah bercanggah dengan nilai etika dan boleh menjejaskan proses keadilan.- 10/8/2025

Berita Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button