FOKUS

Jumlah penerima STR meningkat 300,000 orang…bayaran Fasa 3 bermula esok,Selasa

Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 akan bermula esok,Selasa.

Seramai 8.6 juta orang akan terima pembayaran itu melibatkan peruntukan RM2 bilion.

Ia bagi meringankan beban kos sara hidup isi rumah berpendapatan rendah.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim beritahu dalam satu kenyataan pada Isnin jumlah penerima Fasa 3 meningkat 300,000 orang berbanding 8.3 juta penerima Fasa 1 pada Januari lalu.

Katanya ini adla hasil pembukaan permohonan dan rayuan sepanjang tahun.

“Pembukaan permohonan dan rayuan sepanjang tahun menunjukkan Kerajaan Madani tidak mengambil enteng amanah untuk meningkatkan maslahat rakyat agar tiada yang tercicir daripada mengecapi limpahan negara,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, STR memberi suntikan kepada penerima untuk mencapai kebebasan kewangan demi menggapai kesaksamaan yang didambakan dalam Ekonomi Madani.

Pembayaran STR Fasa 3 akan dibuat kepada penerima sedia ada dan penerima baharu yang berdaftar dalam pangkalan data STR melalui pengkreditan ke dalam akaun bank atau disalurkan secara tunai melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) secara berperingkat mengikut kategori kelayakan masing-masing.

“Sekiranya nama pemohon tiada dalam pangkalan data STR, mereka perlu membuat permohonan bagi membolehkan proses verifikasi mengikut kategori kelayakan STR dimuktamadkan,” katanya.

Semakan status kelayakan STR boleh dibuat di portal rasmi STR melalui pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my. -11/8/2025

Berita Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button