YANG VIRAL

Cabaran tarif AS dan minyak murah, PETRONAS kaji semula segalanya…

Syarikat konglomerat minyak Malaysia, PETRONAS sedang menilai semula kecekapan operasi dan kos kumpulan berikutan cabaran lanskap ekonomi global yang semakin mencabar.

Ketua Pegawai Eksekutif Huluan PETRONAS, Mohd Jukris Abdul Wahab berkata, selain cabaran tarif Amerika Syarikat (AS), harga minyak mentah dunia menunjukkan trend menurun pada sekitar 65 dolar AS setong ketika ini.

Menurutnya, strategi peringkat huluan kini memberi tumpuan kepada pengurangan kos operasi melalui langkah mempercepatkan amalan kerja termasuk penyelenggaraan, perolehan serta pengurusan kemudahan luar pesisir dan daratan.

“Amalan perolehan PETRONAS juga akan dikaji semula. Bolehkah kita lakukan ini dengan kos lebih rendah? Lebih pantas?

“Bolehkah masa yang diambil dikurangkan kepada separuh? Inilah perkara yang sedang kami usahakan,” katanya dalam taklimat kepada pengarang media, pada Isnin.

Tambahnya, tumpuan kini lebih kepada memacu proses kecekapan dan aliran kerja yang sedia ada.

Selain mengkaji semula amalan kerja dan beberapa piawaian yang telah diguna pakai sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

PETRONAS turut memantau perkembangan teknologi dan trend baharu seperti kecerdasan buatan (AI), evolusi tenaga kerja serta pembangunan mampan untuk membentuk hala tuju pelaburan masa depan.

Ketika ini, 70 peratus perniagaan teras syarikat adalah gas, manakala baki 30 peratus minyak, dengan portfolio luar negara menyumbang 40 peratus kepada perolehan keseluruhan.-12/8/2025

Berita Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button