YANG VIRAL

Malaysia catat sejarah… PM lancar ILMU – LLM AI hasil inovasi bakat tempatan

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim melancarkan ‘ILMU’,model bahasa besar (LLM) berteknologi kecerdasan buatan (AI) pertama di Malaysia pada Sidang Kemuncak AI ASEAN yang dibangunkan sepenuhnya bakat tempatan.

Datuk Seri Anwar menyifatkan pelancaran itu sebagai detik bersejarah buat negara kerana mencerminkan identiti, suara dan aspirasi negara dalam era AI.

“LLM pertama negara dibangunkan sepenuhnya oleh bakat tempatan melalui YTL AI Labs dengan kerjasama Universiti Malaya diperkaya dengan konteks, nilai dan budaya Malaysia.

“ILMU bukan sekadar kemajuan teknologi tetapi cerminan identiti, suara dan aspirasi negara dalam era AI,” menurut hantaran di Facebook.

Pelancaran tersebut turut menandakan bahawa Malaysia kini bukan lagi sekadar pengguna teknologi, sebaliknya mampu membangunkan teknologi bertaraf dunia hasil kepakaran anak bangsa.

“Ia dirangka untuk memahami, menghormati dan meraikan kepelbagaian rakyat di samping membuka ruang baharu dalam pendidikan, perkhidmatan awam dan inovasi industri,” tambahnya.

Dengan pelancaran ILMU menzahirkan tekad Malaysia untuk menjadi peneraju teknologi yang inklusif, beretika dan berpaksikan nilai-nilai MADANI di samping memanfaatkan potensi AI demi kemakmuran rakyat, kemajuan ekonomi serta kedudukan strategik Malaysia di persada dunia.

Petang tadi, Perdana Menteri bersama Menteri Digital, Gobind Singh Deo hadir merasmikan pelancaran ILMU pada Majlis Perasmian Sidang Kemuncak AI ASEAN.-12/8/2025

Berita Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button