FOKUS

Pengarah JSJ kata pegawai penyiasat kes Zara Qairina tak ikut SOP tak buat post mortem jenazah

Hal ini menjadi antara polimek hangat dalam kes kematian misteri Allahyarham Zara Qairina Mahathir.

Mengapa tiada post mortem yakni bedah siasat dilakukan keatas jenazahnya sejurus dibawa ke hospital selepas kejadian pada 16 Julai?

Hari ini dalam sidang akhbar khas di Bukit Aman Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Datuk M Kumar mengesahkan pegawai penyiasat yang mengendalikan kes Allahyarham Zara Qairina didapati tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dalam siasatan membabitkan kematian pelajar itu.

Katanya tindakan tegas akan diambil terhadap pegawai penyiasat dan penyelia terlubat kerana kesalahan tersebut.

Menurut Kumar, hasil penemuan awal daripada pasukan task Force yang bermula pada 11 Ogos lalu mendapati terdapat ketidakpatuhan dalam prosedur siasatan di mana pegawai penyiasat tidak membuat permohonan untuk proses bedah siasat.

“Walau bagaimanapun, saya juga perlu mendedahkan bahawa terdapat persetujuan atau permohonan daripada ibu mangsa memohon supaya bedah siasat tidak dibuat.

“Persetujuan ini direkodkan dengan tandatangan ibu mangsa, doktor, patalogi dan pegawai penyiasat dalam satu dokumen ‘Surat Akuan Enggan Bedah Siasat Mayat Atas Kemahuan Sendiri’ yang dikeluarkan pihak hospital,” katanya.

Mengulas lanjut, Kumar berkata, siasatan pasukan task force berhubung kematian pelajar Tingkatan 1 Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha Limauan di Sabah itu menjurus ke arah berlakunya buli sebelum kejadian.

Jelas beliau, ia hasil keterangan yang dirakamkan dan dapatan siasatan setakat ini.

Katanya, susulan itu satu kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 507D (2) Kanun Keseksaan untuk siasatan lanjut.- 13/8/2025

Berita Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button