FOKUS

Akmal tidak akan ‘slowdown’

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Akmal Saleh tidak akan layan desakan sesetengah pihak agar beliau ‘slowdown’.

Katanya beliau tetap meneruskan perjuangan yang dipegang Pemuda UMNO sejak tahun 1949.

Serentak dengan itu beliau minta pihak yang tuduhnya ajen PN ambil cermin tengok diri sendiri.

“Kalau saya ejen PN, dia ejen siapa? Jadi tiada isu ejen PN, kalau ejen PN, baik saya duduk dengan PN sahaja.

“Tetapi hari ini kita bawa adalah suara dan hasrat akar umbi, walaupun pahit, kita kena terima sebab dalam perjuangan tidak semuanya manis, kadang-kadang pahit itu ubat dan ubat itulah boleh mengubati dan boleh menyembuhkan.

Bercakap kepada media pada satu majlis di Besut Selasa malam Akmal berkata, UMNO menginsafi kedudukannya yang hanya ada 26 kerusi Parlimen.

“Kita perlu menginsafi dan seharusnya mengambil iktibar di sebalik makna yang diberikan oleh rakyat kepada UMNO setelah hanya tinggal 26 kerusi.

“Rakyat mahukan satu gaya politik yang segar. Rakyat mahukan gaya politik yang jauh lebih matang.

“Jadi kepada yang tuduh saya ejen PN, suruh ambil cermin dan tengok diri sendirilah,” katanya.

Sebelum ini beberapa sayap Pemuda DAP negeri mendesak kepimpanan parti itu supaya memutuskan hubungan politik dengan Akmal yang didakwa menjadi ejen PN dalam kerajaan perpaduan.

Antaranya Melaka, Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang dan Kedah.- 27/8/2025

Berita Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button