FOKUS

Azmin jawab dakwaan pasal kesihatan Muhyiddin…

Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Azmin Ali menolak sebarang dakwan Presiden parti itu Tan Sri Muhyiddin Yasin berdepan masalah kesihatan yang boleh menjejas urusan beliau memimpin Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) ke-8 parti hujung minggu ini.

Katanya Muhyiddin kekal aktif malah kini sedang menyiapkan ucapan dasar yang bakal menjadi tumpuan pada PAT kali ini.

“Saya berhubung dengan beliau hampir setiap hari khususnya dalam persiapan PAT.

“Beliau cukup bersemangat dan saya kira ucapan dasar yang akan disampaikan nanti sangat komprehensif,” katanya sidang akhbar di Ibu Pejabat Bersatu di Petaling Jaya pada Selasa.

PAT Bersatu 2025 dijadual berlangsung pada 6 dan 7 September di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC), Shah Alam dengan kehadiran 2,555 perwakilan daripada 202 bahagian seluruh negara.

Azmin beritahu PAT kali ini menjadi medan penting untuk Bersatu menyemak dan menilai prestasi parti itu di lapangan.

“Ia termasuk meningkatkan latihan jentera di semua peringkat dan mewujudkan kerjasama strategik dengan parti-parti anggota Perikatan Nasional (PN),”katanya.

Beliau menjelaskan Bersatu jangka Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) akan iadakan pada tahun hadapan bersama beberapa Pilihan Raya Negeri (PRN).- 2/9/2025

Berita Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button