FOKUS

Kes Zara Qairina: Pengawal keselamatan kata dia tidak pernah nampak pelajar cuci pakaian jam 2 pagi….

Seorang pengawal keselamatan yang jadi saksi inukes kes Zara Qairina Mahathir beritahu di Mahkamah Koroner,Kota Kinabalu pada Jumaat dia tidak pernah nampak pelajar senior (di asrama sekolah itu) mencuci pakaian jam 2 pagi.

Ini setelah Linah Mansoding @ Jaliha, 65 beritahu mahkamah bahawa orang pertama yang temui Zara Qairina tidak sedar diri ialah seorang pelajar senior yang mendakwa bangun awal kerana mahu mencuci pakaian.

[Dalam prosiding inkues pada 10 September,kelmarin dia beritahu pada 16 Julai lalu sekitar jam 3.00 pagi, dia dimaklumkan seorang pelajar mengenai seorang pelajar ditemui pengsan di longkang berhampiran asrama Blok Rabiatul Adawiyah.]

Dia beritahu pasal tidak pernah nampak pelajar cuci pakaian jam 2 pagi ketika disoal peguam, Nurul Rafiqah Afdul Mutolip yang mewakili bapa Zara Qairina.

Menurut Linah kebiasaannya pelajar asrama mencuci pakaian sekitar jam 10 malam, iaitu selepas sesi ‘prep’ (kelas malam), sama ada bersama rakan atau sendirian.

Nurul Rafiqah: Sepanjang pengalaman puan, adakah biasa pelajar berjalan di pekarangan asrama sekitar jam 2 pagi?

Linah: Tidak. Kalau jam 2 pagi, jarang… tidur sudah.

Nurul Rafiqah: Pernahkah pelajar-pelajar mencuci pakaian pada jam 2 pagi?

Linah: Tidak pernah.

Nurul Rafiqah: Sebelum ini, puan pernah nampak pelajar senior itu mencuci pakaian sekitar jam 2 pagi?

Linah: Tidak pernah.

Sebelum itu Linah menjawab soalan peguam, Joan Goh yang mewakili seorang daripada remaja didakwa membuli si mati, pada hari ketujuh inkues kes kematian pelajar Tingkatan Satu terbabit.

Katanya pelajar senior itu adalah individu pertama yang menjumpai Zara Qairina berada dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum memaklumkan perkara berkenaan kepadanya.

Goh: Apabila pelajar senior itu berlari mencari puan, ketika itu, puan tahu dia di mana? Maksud saya, pada kali pertama pelajar itu nampak arwah.

Linah: Kira-kira jam 3 pagi… dia cakap dengar macam benda jatuh, dia mahu cuci kain… dia bangun awal sebab panjang giliran, dia mahu cuci kain tapi dia dengar macam ada benda jatuh… dia tengok, terus dia panggil saya.’

Disoal Joan Goh lagi ….Linah yang bertugas di sekolah itu sejak 2012 beritahu bahawa tidak ada sebarang pergaduhan berlaku antara pelajar di asrama perempuan pada malam kejadian kes Zara Qairina.

Pengawal keselamatan itu kata dia juga tidak mendengar apa-apa bunyi kuat sepanjang bertugas pada malam kejadian.

“Saya tidak dengar apa-apa bunyi kuat. Saya tidak dengar budak-budak bergaduh sebab bilik mereka semua sudah gelap. Saya tidak pernah dengar kes pukul dalam kalangan pelajar asrama itu. Mereka cuma main-main sahaja. Tiada kes pukul, macam cakap-cakap sahaja… macam kau bodohlah,” katanya. – 12/9/2025

Berita Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button