FOKUS

PM secara prinsip setuju timbang tambah kerusi parlimen di Sarawak dan Sabah

Jumlah kerusi parlimen di Sarawak sekarang ialah 31 manakala di Sabah pula 25.

Hari ini Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim secara prinsip setuju untuk pertimbangkan penambahan kerusi parlimen untuk dua negeri itu.

Hal berkenaan adalah antara yang dibincangkan dalam Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) di Kuching.

Mesyuarat yang dipengerusikan Perdana Menteri itu turut dihadiri Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg serta Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof yang beritahu demikian bagaimanapun kata ia tertakluk rundingan lanjut dan kajian Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

“Berhubung kait kerusi Parlimen akan diperincikan lebih lanjut lagi… secara prinsip yang dipersetujui tadi Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mengatakan bahawa perkara ini boleh dipertimbangkan tapi tertakluk perundingan dan perincian seterusnya,” katanya.

Fadillah yang juga Ahli Parlimen Petra Jaya berkata, sebarang pindaan melibatkan kerusi Parlimen memerlukan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat, manakala penambahan kerusi Dewan Undangan Negeri adalah di bawah kuasa kerajaan negeri.- 12/9/2025

Berita Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button