TAHUKAH ANDA

Komunikasi di Sabah kekal terhubung melalui inisiatif PRIME, NADI – MCMC

Walaupum menghadapi bencana banjir dan tanah runtuh yang menjejaskan sebahagian besar kawasan Pantai Timur Sabah… namum komunikasi tidak terputus bagi memudahkan kerja menyelamat dan bantuan kecemasan dihantar.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menggerakkan kemudahan komunikasi kecemasan melalui kenderaan PRIME serta memperluas capaian internet komuniti Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) bagi memastikan mangsa bencana di Sabah kekal terhubung.

MCMC memaklumkan, kenderaan mudah alih PRIME yang dilengkapi sokongan komunikasi telah ditempatkan di Kampung Cendrakasih dan Penampang untuk membantu pasukan penyelamat serta menyokong usaha pemulihan infrastruktur oleh Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB).

Pada masa sama, sebanyak 131 pusat NADI turut diaktifkan bagi menyediakan capaian Internet kepada masyarakat terkesan, sekali gus membolehkan mereka berhubung dengan keluarga dan pihak berkuasa.

Sehingga kini, sebanyak 266 menara telekomunikasi dilaporkan terjejas akibat gangguan bekalan elektrik, namun lebih separuh daripadanya, iaitu 147 menara, telah kembali beroperasi. Kerja-kerja pemulihan sedang giat dilaksanakan secara berperingkat bersama syarikat telekomunikasi.

Bagi mempercepatkan pemulihan, MCMC juga menubuhkan pasukan petugas khas (Task Force) bersama syarikat telekomunikasi dan SESB untuk memantau keadaan di tapak terkesan.

Mesyuarat berkala Task Force memberi tumpuan kepada penyelarasan pemulihan collector sites (tapak utama yang mengawal liputan komunikasi kawasan sekitar) serta tapak kritikal yang dikenal pasti, selain memastikan bekalan kuasa sementara melalui genset dapat disalurkan segera.

“MCMC akan terus bekerjasama dengan agensi penyelamat, syarikat telekomunikasi serta pihak berkuasa negeri dan persekutuan bagi memastikan komunikasi dan capaian Internet di kawasan terjejas dapat dipulihkan segera demi keselamatan serta kesejahteraan rakyat Sabah,” menurut kenyataan itu.-16/9/2025

Berita Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button