FOKUS

Pemilik kenderaan mewah culas baharui cukai jalan…cecah hampir RM35 juta

Biar betoi…kalau orang biasa cakap mungkin ia dianggap cerita rekaan,gosip,fitnah dan sewaktu dengannya.

Hello…ini Menteri punya cerita.

Tahukah anda rupanya golongan berada termasuk orang kenamaan,ahli politik dan yang bergelar Tan Sri adalah ntara yang culas baharui cukai jualan kenderaan mereka.

Jawabnya ada antara puak ini yang berlagak kosong saja bila berdesup atas jalan.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook hari ini mendedahkan semakan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mendapati jumlah cukai jalan yang tidak diperbaharui melibatkan lima jenis sahaja iaitu Rolls-Royce, Lamborghini, Bentley, Ferrari dan Porsche mencatat jumlah tunggakan cukai jalan yang tinggi.

Menurut beliau, terdapat 345 buah Rolls-Royce dengan jumlah tunggakan RM6.4 juta, 372 Lamborghini (RM3.7 juta), 660 Bentley (RM7 juta), 675 Ferrari (RM4.7 juta) dan 4,308 Porsche (RM13.7 juta).

“Keseluruhannya, hanya lima jenis kenderaan ini sahaja sudah mencecah hampir RM35.7 juta cukai jalan yang tidak diperbaharui,”katanya.

Kadar cukai jalan bagi kenderaan mewah ada yang mencecah antara RM15,000 hingga RM30,000 setahun dan pemilik wajib memastikan ia diperbaharui bagi membolehkan kenderaan mereka layak berada di atas jalan raya.

Menteri itu beritahu JPJ mempunyai semua maklumat pemilik, jenis kenderaan dan tempoh cukai jalan yang tamat dalam sistem.

Katanya walaupun ada dalam kalangan mereka bergelar Tan Sri, ahli politik atau ahli perniagaan ternama, beliau nidak akan umumkan nama kerana tidak mahu memalukan sesiapa.

“Saya mohon mereka yang tergolong dalam kumpulan ini supaya menjalankan tanggungjawab memperbaharui cukai jalan masing-masing,” katanya.

Menurut Anthony Loke , JPJ kini melaksanakan Ops Luxury secara berterusan bagi mengesan dan menyita kenderaan mewah yang tidak mempunyai cukai jalan dan insurans sah.

“Kenderaan yang ditahan akan disita serta-merta supaya tidak berada di atas jalan raya sehingga pemilik melunaskan cukai jalan dan insurans.

“Operasi ini bukan bertujuan memalukan individu tertentu tetapi memberi mesej jelas bahawa semua pihak, tanpa mengira status, mesti mematuhi undang-undang,” katanya.

Anthony Loke juga mendedahkan ada pemilik yang sengaja menunggu sehingga kenderaan mereka disita kerana menganggap bayaran kompaun RM300 lebih murah berbanding jumlah cukai jalan yang perlu dijelaskan.

“Jika sikap ini berterusan, kami tidak teragak-agak mengambil langkah lebih drastik. Jangan paksa kami umumkan nama atau dedahkan senarai pemilik jika mereka terus berdegil,” tegasnya.

“JPJ telah menyita lebih 400 kenderaan mewah dalam beberapa bulan kebelakangan ini. Walaupun tidak semua kes disiarkan di media, operasi ini berjalan secara berterusan,” katanya.

Beliau menambah, operasi berterusan ini bertujuan memastikan kenderaan yang berada di atas jalan raya mematuhi peraturan, termasuk memiliki insurans sah demi keselamatan semua pengguna jalan raya.- 24/9/2025

Berita Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button