TAHUKAH ANDA

MCA, PBRS akan bertanding atas tiket BN di Sabah – Zahid

Angan-angan pembangkang mahu tengok MCA keluar Barisan Nasional (BN) hanya tinggal angan-angan selepas Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan MCA akan bertanding menggunakan logo gabungan itu pada Pilihan Raya Umum DUN Sabah ke-17.

Menurutnya BN akan menampilkan calon daripada MCA dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), selain calon UMNO untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum DUN Sabah ke-17.

Bagaimanapun, kata Zahid jumlah kerusi yang akan bertanding menerusi parti komponen berkenaan belum dimuktamadkan.

Agihan kerusi dan senarai calon akan diumum pada hari penamaan calon kelak.

“MCA kita bahagikan calon untuk bertanding. MIC mungkin tidak sebab jumlah pengundi terlalu kecil tidak signifikan disana, PBRS kita bagi sebagai parti kompenan BN. Calon kebanyakannya muka baharu, di samping kekalkan muka lama dan akan ramai golongan profesional. Pakatan Harapan dan BN muktamadkan tidak ada pertindihan kerusi.”

Beliau berkata demikian selepas hadir program Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera 2035 (PuTERA35), di Universiti Teknologi MARA kampus Puncak Alam, Selangor.

Tambahnya lagi, kerjasama antara BN dengan Pakatan Harapan (PH) di Sabah turut berjalan lancar, dengan pembahagian kerusi bagi mengelakkan pertindihan calon antara kedua-dua parti.-13/10/2025

Berita Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button