FOKUS

PRN Sabah pada 29 Nov, penamaan calon 15 Nov

Kini sudah tiada lagi teka teki…Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan 29 Nov ini sebagai hari pengundian bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17.

Tarikh penamaan calon pula ditetapkan pada 15 Nov dan tarikh pengundian awal pada 25 Nov.

Pengerusi SPR Datuk Seri Ramlan Harun berkata beritahu sidang akhbar diKota Kinabalu pada Khamis sebanyak 1,784,843 juta orang layak mengundi.

Pada 6 Okt lepas, Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah bagi memberikan laluan kepada PRN Sabah ke-17.

DUN Sabah mempunyai 79 kerusi, dengan 73 daripadanya dipertandingkan, manakala enam lagi merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang dilantik.- 16/10/2025

Berita Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button