Alami masalah sakit belakang…PM dinasihat berehat dan batal lawatan ke Pahang
Setelah kebelakangan ini kelihatan terlampau sibuk padat dengan segala macam acara Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim terpaksa membatalkan lawatan kerja beliau ke negeri Pahang yang dijadualkan berlangsung pada Ahad selepas mengalami masalah sakit belakang.
Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan memaklumkan, pembatalan tersebut dibuat pada saat akhir atas nasihat pasukan perubatan selepas mengalami kesakitan yang menyebabkan pergerakan beliau terbatas.
“Atas nasihat doktor, Perdana Menteri dinasihatkan agar mendapatkan rehat yang mencukupi.
“Perdana Menteri memohon maaf setulusnya, khususnya kepada rakyat Pahang yang telah bersiap sedia menyambut kehadiran beliau,” katanya.
Baru ini Anwar jenuh menjadi tuan rumah Sidang Kemuncak Asean di Kuala Lumpur dan melayan para pemimpin darfi pelbagai negara termasuk Presiden Donald Trump.
Selesai sahaja acara Asean beliau terus terbang ke Korea Selatan bagi menghadiri sidang Apec dimana beliau terus ligat adakan pertemuan dengan pemimpin yang hadir serta kalangan ahli perniagaan serta CEO industri.- 2/11/2025



