FOKUS

PH tak letak calon Ketua Menteri Sabah…kamu pilihlah siapa kamu mahu -Anwar

Fakta di depan mata sudah jelas.Malah Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah ulas secara terbuka untuk menangkis sebarang spekulasi dan gosip politik konon Pakatan Harapan (PH) hendak kuasai Sabah menerusi pilihan raya negeri (PRN) kali ini.

Antara yang terbentang menjadi buktinya ialah pada PRN ini PH hanya bertanding 22 kerusi berbanding jumlah keseluruhan 73 yang ada di Sabah.

Sedangkan tidak susah sangat untuk kira.Untuk memperoleh majoriti mudah, jumlah kerusi perlu memenangi sekurang-kurangnya 38 kerusi.

Bercakap pada satu majlis di Kota Kinabalu Sabtu malam,Anwar yang juga Presiden PKR berkata PH tidak akan mengetuai kerajaan negeri, malah menegaskan ia tidak memiliki kerusi yang mencukupi pun untuk menubuhkan kerajaan secara sendirian.

“Kita tidak letak calon PH sebagai ketua menteri. Kamu pilihlah siapa kamu mahu ,” katanya.

Perdana Menteri menjelaskan PH kali ini ingin berperanan lebih sebagai kuasa penstabil, dengan memberikan fokus kepada aspek tadbir urus baik dan hubungan kerja yang kuat antara Sabah dengan kerajaan persekutuan.

“Pertama, kita jaga urus tadbir. Kita tidak mahu negeri ini dikenali dengan rasuah atau salah guna kuasa. Cukup-cukuplah… kita kerja betul, kerja bersama,” katanya.

Antara yang telah membangkitkan keraguan pada nawaitu politik PH ialah bekas Pengerusi PH Sabah, Ewon Benedick yang mengetuai parti Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO)

UPKO telah meninggalkan PH kerana isu tuntutan 40 peratus hasil persekutuan yang dikutip dari Sabah.

Ewon, menyuarakan kebimbangan bahawa Sabah boleh hilang kuasa tawar-menawar jika pengundi memilih pemimpin tempatan daripada parti nasional yang diketuai orang luar Sabah.

Sementara itu mengulas mengenai bilangan calon yang terlalu ramai bertanding di banyak kerusi pada PRN ini…Anwar kata ia menunjukkan wujud masalah dalam politik negeri itu.- 16/11/2025

Berita Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button