TAHUKAH ANDA

Punca air Sungai Perak berubah warna biru di Gerik masih disiasat

Punca sebenar air Sungai Perak berhampiran Kampung Sungai Papan, Gerik yang bertukar warna biru masih belum dapat dikenal pasti.

Exco Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau, Teh Kok Lim berkata, siasatan yang dijalankan setakat ini masih belum menemukan bukti jelas mengenai sumber pencemaran tersebut.

“Untuk air sungai menjadi biru itu, siasatan masih dijalankan. Jadi buat masa ini, tiada apa-apa hendak diumumkan sebab air yang melimpah itu sudah tidak dapat dikesan. Kita tengah buat kerja mitigasi semua,” katanya.

Beliau menambah, tiga syarikat perlombongan yang sebelum ini diarah menghentikan operasi masih belum dibenarkan beroperasi semula sehingga siasatan lengkap selesai.

Teh berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Majlis Anugerah Inovasi Peringkat Negeri Perak Darul Ridzuan Tahun 2025 di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh.

Sebelum ini, tular di media sosial mengenai perubahan warna air Sungai Perak di Jambatan Kampung Sungai Papan, kira-kira lima kilometer dari Kampung Air Ganda, Gerik, yang bertukar biru seperti air laut.

Perubahan warna itu dipercayai berpunca daripada aktiviti perlombongan di kawasan bukit berhampiran hulu Sungai Rui, salah satu anak sungai utama yang membentuk Lembangan Sungai Perak.-18/11/2025

Berita Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button