YANG VIRAL

Kes rasuah: “Siasat… saya tidak peduli siapa” – Anwar

Tegas dan tak pilih bulu…Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan komitmen kerajaan untuk memastikan usaha membanteras rasuah dilaksanakan tanpa pengecualian, termasuk jika ia melibatkan mana-mana individu berprofil tinggi.

Katanya, integriti menjadi asas pentadbiran kerajaan dan mana-mana pihak yang melakukan kesalahan tidak akan dilindungi.

“Kita mesti tegas. Saya nak tanya, dulu kalau Perdana Menteri, menteri atau pegawai dituduh, dia cover up.

“Saya ada setiausaha politik didakwa saya bagitahu pagi-pagi tadi SPRM siasat, saya tidak peduli siapa.

“Tapi jangan hukum dulu, siasat dulu. Kerana apa? kerana kita tidak boleh kawal semua. Tetapi kita boleh ikut undang-undang dan peraturan.” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Program Ceramah PMX Sayang Sabah di Dewan Terbuka Merotai, malam tadi.

Tambahnya, tindakan tegas terhadap rasuah penting bukan sahaja untuk menjaga keyakinan rakyat, tetapi juga bagi memastikan pembangunan negara tidak terganggu akibat penyalahgunaan kuasa yang berlarutan.

Terdahulu, dalam kenyataan yang dikeluarkan beliau, Perdana Menteri menegaskan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bebas untuk menjalankan siasatan tanpa sebarang campur tangan luar berhubung tuduhan terhadap Setiausaha Politik Kanan beliau, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin.-27/11/2025

Berita Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button