TAHUKAH ANDA

Banjir: 11,000 penduduk terjejas di Kelantan, lebih 6,000 di Perlis

Situasi banjir di Kelantan tidak banyak berubah menjelang tengah malam tadi.

Angka penduduk terjejas yang berada di pusat pemindahan sementara (PPS) hampir 11,000 orang.

Setakat pukul 11.00 malam, kemaskini Laman Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) memaklumkan, 66 PPS beroperasi menempatkan lebih 4,000 keluarga membabitkan sembilan jajahan.

Tumpat kekal tertinggi dengan merekodkan hampir 4,500 penduduk yang berlindung di 13 PPS.

Turut terjejas penduduk di Bachok, Kota Bharu, Pasir Puteh, Machang, Tanah Merah, Kuala Krai Pasir Mas dan Gua Musang.

Sementara itu, dua sungai utama di negeri itu, iaitu Sungai Golok di Rantau Panjang dan Sungai Galas di Limau Kasturi berada pada tahap bahaya.

Sungai Golok di Rantau Panjang mencatat 9.64 meter, manakala Sungai Galas di Limau Kasturi 60.54 meter.

Hujan lebat dilaporkan berlaku di sebelah hulu Kelantan termasuk Dabong, Kuala Krai.

Sementara itu, seramai 6,683 penduduk terjejas banjir ditempatkan di 21 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Perlis, setakat pukul 6 petang tadi.

Menurut Data Angkatan Pertahanan Awam (APM) Perlis, jumlah berkenaan merangkumi 1,972 keluarga.

Kangar menjadi kawasan yang paling ramai penduduk berlindung di PPS dengan mencapai 3,773 orang.

Manakala Arau menempatkan 1,620 penduduk di PPS dan Padang Besar dengan 1,290 penduduk.

Hasil tinjauan RTM petang tadi mendapati masih banyak kawasan di sekitar Kangar masih ditenggelami air dan beberapa kawasan baharu turut di naiki air.

Bagaimanapun paras air di Arau semakin surut.

Pihak berkuasa sudah membenarkan kenderaan melalui jalan utama yang dinaiki air sebelum ini.-27/11/2025

Berita Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button