FOKUS

Al-Fatihah…Datuk Bung sudah tiada

Arina politik negara menerima khabar duka yang mengejutkan awal pagi Jumaat.Seorang personaliti dari Sabah yang sejak sekian lama ‘serikan’ senario politik dengan karektor tersendiri khususnya di Dewan Rakyat sudah pergi untuk selamanya.

Pengerusi Barisan Nasional Sabah yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan selama 26 tahun Datuk Bung Moktar Radin meninggal dunia pada 1.46 pagi di sebuah hospital swasta di Kota Kinabalu.

Allahyarham yang berusia 66 tahun mengalami kegagalan fungsi buah pinggang dan jangkitan teruk pada paru-paru.

Datuk Bung baru saja mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri kawasan Lamag pada pilihanraya negeri Sabah 29 November.

Pemergian Allahyarham itu disahkan oleh anaknya, Naim Kurniawan menerusi hantaran di Facebooknya.

“Assalamualaikum. Dengan penuh dukacita dimaklumkan bahawa ayahanda kami, Moktar bin Radin, telah menghembuskan nafas terakhir pada 05 Disember 2025, jam 1.46 pagi (14 Jamadilakhir 1447H).

“Mohon semua mendoakan agar roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama mereka yang beriman. Al-Fatihah,” tulisnya.

Datuk Bung dilahirkan di Kampong Bilit, Sukau,Sandakan adalah ahli parti USNO sebelum menyertai UMNO yang masuk ke Sabah pada 1990.

Beliau menjadi Ketua UMNO Bahagian Kinabatangan sejak 1996 dan sebelum itu sejak 1991 Ketua Pemuda UMNO Bahagian itu.

Allahyarham menjadi Ahli Parlimen Kinabatangan sejak 29 November 1999 dan ADUN Lamag sejak 29 September 2020.

Antara jawatan yang pernah disandangnya ialah Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kerjaraya Sabah dari September 2020 hingga Januari 2023.

Selain itu pernah jadi Pengerusi Felcra dari 2013 hingga 2018 dan Timbalan Pengerusi BNBBC dari 2008 hingga 2018.

Dikenali sebagai tokoh politik yang vokal …Allahyarham sering berentap dan cetuskan perdebatan panas dengan kalangan ahli parlimen pembangkang masa sidang Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri.- 5/12/2025

Berita Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button