
PM ziarah keluarga Allahyarham Bung Moktar…
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kebetulan berada di Kota Kinabalu untuk urusan rasmi telah berkesempatan menziarahi keluarga bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin, yang meninggal dunia awal pagi Jumaat.
Hadir semasa pertemuan itu di kediaman Allahyarham ialah kedua dua isterinya Datin Seri Nor Asidah Alimuddin dan Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad serta anak anak mereka.
Turut serta ialah Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.
Dalam pertemuan itu, Anwar menyampaikan ucapan takziah mewakili Kerajaan MADANI kepada seluruh keluarga Allahyarham, dan menyifatkan pemergian Bung Moktar sebagai satu kehilangan besar kepada negeri Sabah serta negara.

Menerusi catatan di facebooknya Perdana Menteri kata “pemergiannya merupakan kehilangan besar kepada negeri Sabah dan negara, khususnya atas khidmat baktinya yang panjang dalam pentadbiran, siyasah serta perjuangan membela rakyat.
Anwar turut mendoakan agar keluarga Allahyarham diberikan kekuatan menghadapi saat sukar itu.
“Semoga keluarga Allahyarham dikurniakan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi saat yang mencabar ini, dan semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat serta ditempatkan dalam kalangan hamba-Nya yang beriman,” kata beliau.- 6/12/2025



