Uncategorized

SPRM nafi tuduhan Rafizi berkaitan siasat pemilihan PKR 2025

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan tuduhan Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi dalam satu siaran audio siar (podcast) baru-baru ini.

Suruhanjaya itu dalam kenyataan berkata, dakwaan kononnya SPRM digunakan untuk menyiasat calon-calon yang bertanding dalam pemilihan PKR pada Mei lalu, adalah tidak berasas.

“SPRM menegaskan bahawa siasatan hanya dijalankan berdasarkan aduan atau maklumat yang diterima.

“Setiap aduan yang mempunyai asas akan melalui proses pengesahan dan siasatan mengikut undang-undang, prosedur yang ditetapkan,” katanya.

Mengulas lanjut, SPRM berkata tuduhan suruhanjaya itu mengepung rumah individu adalah tidak tepat.

“Dalam kes yang dirujuk, pegawai penyiasat hadir ke kediaman berkenaan bagi tujuan bertemu serta melaksanakan penggeledahan bagi mendapatkan bukti.

“Ia merupakan satu kaedah siasatan yang biasa termasuk elemen kejutan untuk mengelakkan penghapusan bukti,” jelasnya.

SPRM juga menegaskan, semua tindakan yang diambil adalah selaras dengan keperluan dan tatacara siasatan dan mana-mana pihak yang tidak berpuas hati, boleh mengemukakan aduan melalui saluran rasmia yang tersedia termasuk Jawatankuasa Aduan (JKA) SPRM.

Suruhanjaya itu juga menasihati orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi dan tohmahan tidak berasa secara terbuka di media sosial.-8/12/2025

Berita Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button