FOKUS

Pasca PRN Sabah: Reformasi institusi jadi keutamaan PH – Fahmi

Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) memutuskan agar beberapa perkara berkaitan reformasi institusi diberi keutamaan dan diusahakan dengan lebih tegas dalam masa terdekat.

Pengarah Komunikasi PH, Datuk Fahmi Fadzil berkata, PH berpandangan perkara itu juga perlu diusahakan dengan lebih tegas dalam tempoh terdekat selepas mengambil kira dan meneliti keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, baru-baru ini.

Beliau yang juga Ketua Penerangan PKR dan Ahli Parlimen Lembah Pantai berkata, mesyuarat sama turut memutuskan Konvensyen PH akan diadakan pada suku pertama tahun depan.

“Penganjuran konvensyen ini bertujuan menetapkan fokus keutamaan usaha reformasi serta halatuju negara bagi dua tahun ke hadapan.

“Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan ahli Majlis Presiden gabungan ini turut membincangkan isu berkaitan urus tadbir kerajaan.

“Selain itu, perkembangan ekonomi rakyat dan ikhtiar pelaksanaan manifesto serta reformasi institusi sepanjang tiga tahun mentadbir negara,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Media semalam, melaporkan Majlis Pimpinan Pusat PKR mengadakan mesyuarat khas bagi meneliti dapatan awal analisis keputusan PRN Sabah dan isu berkaitan prestasi kerusi ditandingi parti itu dan PH.-10/12/2025

Berita Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button