TAHUKAH ANDA

Malaysia kekal antara negara paling aman di dunia

Keupayaan Malaysia mengurus kepelbagaian kaum, agama serta serantau yang rumit berjaya meletakkan negara sebagai kuasa penstabil di peringkat serantau.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut memaklumkan Malaysia kekal sebagai antara negara paling aman di dunia.

“Walaupun mempunyai kerumitan dari aspirasi serantau, kaum serta agama, Malaysia tergolong satu daripada negara paling aman di dunia,”katanya ketika berucap pada Majlis Minum Petang Sambutan Krismas anjuran Persekutuan Kristian Malaysia, (CFM) yang turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusoff.

Status Malaysia sebaai negara aman, akui Perdana Menteri antara faktor utama negara ini terus dihormati negara jiran serta komuniti antarabangsa.

“Ini dibuktikan menerusi kepercayaan pemimpin serantau dan antarabangsa kepada peranan Kuala Lumpur dalam meredakan konflik serta menggalakkan dialong termasuk negara jiran.

“Malah, kedudukan Malaysia yang aman, telah mendorong negara jiran seperti Thailand dan Kemboja meletakkan kepercayaan untuk membantu meredakan ketegangan serantau,”katanya.

Mengenai pendidikan, Anwar jelaskan bahawa pendekatan Kerajaan bukan bersifat zero sum game.

“Bahasa Melayu perlu kekal sebagai teras nasional, di samping keperluan menguasai bahasa Inggeris, serta memberi ruang kepada bahasa lain termasuk pendidikan Cina dan UEC atau bahasa Arab, tanpa mencetuskan kegelisahan atau salah faham,” ujarnya.

Malaysia kata Anwar hanya akan melangkah jauh jika kita berpegang teguh pada keadilan, ihsan dan prinsip kemanusiaan, serta berani mengurus perbezaan secara adil dan bertanggungjawab.

“Inilah semangat MADANI yang menjadi asas kekuatan negara,”ujarnya.-15/12/2025

Berita Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button