Uncategorized

RM800 juta duit negara dijimatkan dengan pelaksanaan Budi95

Tahukah anda… berapa banyak wang negara di selamatkan selepas hanya warga negara Malaysia dibenarkan membeli minyak bersubsidi?

Jawapannya RM800 juta duit negara dijimatkan dengan langkah berani pelaksaanaan Program Budi Madani RON95 (Budi95).

Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, sejak lebih 20 tahun lalu, penyasaran subsidi minyak telah dibincangkan oleh setiap Kerajaan yang memerintah, namun tiada yang mempunyai keberanian dan tekad politik untuk melaksanakannya.

Sebaliknya, Kerajaan Madani, kata beliau, telah mengambil langkah berani menerusi Budi95 untuk memastikan subsidi ini hanya dinikmati rakyat Malaysia, dan tidak terus dihirup lebih 3.5 juta warga asing serta puluhan ribu liter yang diseludup ke luar negara.

“Hasil keberanian ini menyaksikan kita menjimatkan RM800 juta setakat ini, dan setiap daripadanya dipulangkan kembali kepada rakyat melalui STR dan SARA, selain menaik taraf klinik dan hospital, memperbaiki jalan raya serta memperkukuh prasarana negara,’’ katanya menerusi hantaran di Facebook beliau hari ini.

Di bawah program Budi95, semua pemegang MyKad warganegara Malaysia berumur 16 tahun ke atas yang mempunyai lesen memandu aktif layak membeli RON95 bersubsidi hingga 300 liter sebulan pada harga RM1.99 seliter, berbanding RM2.60 seliter tanpa subsidi.

Seramai 16 juta rakyat Malaysia layak mendapat inisiatif Budi95 dengan setiap individu berhak mendapat sehingga 300 liter sebulan.

Pelaksanaan Budi95 bermula secara berperingkat sejak 27 September, dengan peringkat awal melibatkan 300,000 anggota polis dan tentera, sebelum diperluaskan kepada penerima STR dalam kumpulan B40 dan seluruh rakyat Malaysia berusia 16 tahun yang mempunyai lesen pada 30 September.-22/12/2025

Berita Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button