TAHUKAH ANDA

Anwar terima kunjungan Imam Masjid Al-Aqsa

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan Imam Masjid Al-Aqsa di Baitul Maqdis, Sheikh Ali Umar Yaqoub Abbasi, dalam satu pertemuan rasmi pada Isnin.

Menurut Anwar, perbincangan menekankan kepentingan Masjidil Aqsa dan masa depan Al-Quds.

“Saya turut berkongsi inisiatif yang dijalankan oleh Kerajaan MADANI bagi terus menyokong usaha pembebasan Masjidil Aqsa.

“Imam Sheikh Ali Umar Yaqoub Abbasi menzahirkan penghargaan terhadap usaha kerajaan dan rakyat Malaysia yang tidak jemu mendoakan dan menyalurkan bantuan kepada rakyat Palestin, di Gaza mahupun di Al-Quds.

“Moga Allah SWT sentiasa memberkati usaha kita untuk terus berdiri bersama saudara-saudara di Palestin dalam menentang keganasan rejim zionis Israel,” katanya dalam laman sosial Facebook.-6/1/2026

Berita Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button