TAHUKAH ANDA

J-Kom patah balik ke Kementerian Komunikasi…

Nama Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom) baru baru ini meletop gara gara isu dakwaan rakaman perbualan telefon lucah antara dua lelaki.

Agensi ini sejak dari dulu sering dikaitkan dengan propoganda kerajaan.

Dulu namanya ialah Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa).Ia asalnya diletakan dibawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia.

Pada tahun 2021 Menteri Komunikasi ketika itu Datuk Saifuddin Abdullah telah pindahkan J-Kom duduk dibawah Jabatan Perdana Menteri.

J-Kom baru baru ini menjadi bualan ramai bila tular video rakaman perbualan lucah antara dua lelaki.

Serentak dengan itu Ketua Pengarahnya Mohammad Agus Yusoff meletakkan jawatannya.

Beliau dan seorang pegawai baru agensi itu bernama Wahab telah adakan sidang akhbar bersama dakwa ia gara gara komplot pihak tertentu.

Polis kini sedang jalankan siasatan keatas kes itu.

Pada Rabu Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil umum menerusi sidang akhbar selepas mensyuarat kabinet bahawa kerajaan putuskan pindahkan balik J -Kom ke kementerian itu.

Diminta mengulas mengenai calon yang akan mengantikan Agus, Fahmi berkata dia perlu memuktamadkan beberapa perkara terlebih dahulu.

“Saya masih belum berjumpa dengan J-Kom dan saya perlu memberi mereka masa dan ruang untuk diberi taklimat sebelum saya boleh mengulas lanjut.

“Kami mungkin akan menunggu beberapa hari untuk memuktamadkan perkara tertentu,” katanya.

Agensi lain yang kekal di bawah kementerian itu ialah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) dan MyCreative Ventures.

Kementerian juga akan menyelia Jabatan Penerangan, agensi berita nasional Bernama, dan Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak (IPPTAR) dan Jabatan Penyiaran, termasuk RTM.- 13/12/2023

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button