CATATAN HELME HANAFI ( BAHAGIAN 2)…
Dari Jakarta semalam kami naik ‘kereta cepat’ ke Bandung. Indonesia menjadi negara pertama di Asia Tenggara yang mempunyai high speed train walaupun yang rancang awalnya adalah Malaysia.
Kestabilan politik di era Jokowi membuatkan pembangunan Indonesia meroket. Banyak pelaburan masuk dan destinasi pelancongan antarabangsa baru di buka untuk umum seperti Labuan Bajo.
Kereta cepat Whoosh dari Jakarta ke Bandung mempunyai tiga kelas, ekonomi 200 ribu rupiah, bisnes 450 ribu dan kelas pertama 600 ribu.

Kami ambil yang paling murah, kerana yang membezakan kelas hanyalah kemudahan lounge, kami masih kencang dan kebetulan ketika sampai dan beli tiket di Stesen Halim, jam sudah pun pukul 11.30, keretapi berlepas jam 12.00 tengah hari.
Kelajuan maksimum keretapi ini adalah 350 km/j merintasi pinggir bandar, kampung di Jawa Barat menuju stesen Padalalang selama 30 minit.
Dari situ kita akan tukar keretapi feeder untuk ke stesen Bandung. Yang ambil masa 20 minit. Jadi mudah kira, dari Jakarta ke Stesen Bandung ambil masa sejam.

Di Stesen Bandung, Agus sudah menunggu kami, Agus diperkenalkan kepada saya oleh jiran Datuk Rahim. Sudah menjadi supir sejak 2005 dan tahu selera orang Malaysia.
Dari Stesen Bandung terus pergi ke rumah makan minang, BAJAMBA KAPAU, di Jawa Barat yang dicarinya makan masakan Sumatera Barat. Itulah orang Malaysia.
Agus kata bukan orang Melayu sahaja suka makan minang, kaum Cina Malaysia yang dia bawa di Bandung juga mesti cari makanan minang dulu berbanding sunda.
Agus membawa kami berkeliling Bandung, ke Masjid Agung Al Ukhwwah dengan senibina moden. Tak ada karpet, hamparan kayu yang sejuk, macam surau kampung dulu tapi dengan skala besar.

Dari situ, isteri saya minta di bawa ke tempat shoping, tapi bukan Pasar Baru yang sentiasa penuh, Agus bawa ke sebuah banglo yang barang jualannya sama seperti Pasar Baru.
Saya tak ingat nama apa, sejam berlalu sebelum kami ke hotel Gino Feruci yang terletak betul-betul di Jalan Blaga, jantungnya Bandung.
Jalan Blaga tak pernah sunyi, Agus kami suruh pulang, dan kami berjalan kaki untuk makan di Kafe Jabarano milik Gubenur Bandung Ridwan Kamil yang juga disebut-sebut bakal jadi Gubenur Jakarta.
Kafe ini tidak mengecewakan, semua makanan popular di Jawa Barat ada di sini, sedap dan murah. Cuma nak dapat kerusi memang perlu sabar, sentiasa penuh dengan orang.
Saya berhenti di sini dulu, nak siap2 ke Garut, dua jam dari Bandung untuk melihat suasana kampung di Jawa Barat.-14/12/2023