FOKUS

Amanat PM sempena Perhimpunan Agung UMNO 2025

Malaysia memerlukan politik yang matang, berteraskan muafakat, saling menghormati dan keupayaan untuk bekerja bersama demi kestabilan, kemakmuran serta masa depan yang lebih adil dan inklusif buat seluruh rakyat.

Itu antara amanat Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada pemimpin dan perwakilan UMNO sempena Perhimpunan Agung parti 2025 yang bermula hari ini 14 Januari hingga 17 Januari.

“Selamat bersidang kepada semua pimpinan dan perwakilan sempena Perhimpunan Agung UMNO” ,katanya menerusi laman facebooknya Rabu.

Anwar yang juga Presiden PKR kata dalam landskap politik dan ekonomi yang kian mencabar, kekuatan sebenar tidak lahir daripada perbezaan yang terus dipicu, sebaliknya daripada kesepaduan yang diperkukuh, kebijaksanaan yang diraikan, serta iltizam bersama untuk mendahulukan kepentingan rakyat dan negara.

“Semoga persidangan kali ini berlangsung dengan tertib, penuh wacana yang bernas yang berpaksi pada rakyat, serta menyumbang kepada pengukuhan perpaduan nasional demi sebuah Malaysia yang madani,”katanya.- 14/1/2025

Berita Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button