
Anwar jelaskan mengenai email Epstein… ini ceritanya
“Saya langsung tiada kaitan dengan mana-mana pihak yang berbalas e-mel itu, terutama (Jeffrey) Epstein.”
Demikian kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim susulan dakwaan kononnya beliau pernah mempunyai sebarang bentuk interaksi dengan ahli kewangan tersebut.
Ia selepas nama Perdana Menteri telah dipetik oleh pihak luar yang mahu mengadakan pertemuan dalam kelompok terbaharu fail yang dikeluarkan Jabatan Keadilan (DoJ) Amerika Syarikat (AS) berkaitan mendiang Epstein.
Anwar memaklumkan, beliau baru sahaja tahu berhubung dakwaan ada pihak luar yang mahu bertemu dengannya.
“Baru hari ini saya tahu ada pihak luar yang mahu bertemu dan siap ‘petik’ nama saya dalam e-mel melibatkan kes Epstein.
“Alhamdulillah, dah belasan tahun seperti yang disebut dalam e-mel, dan saya langsung tiada kaitan dengan mana-mana pihak yang berbalas e-mel tu, terutama Epstein.
“Ok, saya nak sambung jalan-jalan di Johor Bahru #DoneExplain,” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.
Baca artikel lain: PM tinjau operasi ETS3 KL-JB, jamin Kerajaan MADANI terus perkukuh perkhidmatan awam
Terdahulu, sebuah portal berita melaporkan nama Perdana Menteri muncul dalam kelompok terbaharu fail berkaitan mendiang Epstein.
Nama Anwar tidak dikaitkan dengan sebarang dakwaan salah laku seksual atau lawatan ke pulau terkenal milik mendiang ahli kewangan itu, sebaliknya hanya dibincangkan dalam konteks politik.
Melalui satu emel bertarikh 21 Februari 2012, seorang rakan kongsi Epstein yang identitinya tidak didedahkan, menghantar emel bertanya sama ada wajar diatur satu pertemuan di antara Anwar dengan individu dikenali sebagai Jes’ bagi meneroka potensi manfaat masa depan untukJPM’.
Epstein, seorang pembiaya kaya AS, meninggal dunia di sel penjara New York pada 2019 ketika menunggu perbicaraan atas pertuduhan memperdagangkan kanak-kanak perempuan bawah umur untuk tujuan seks.
Kematian itu, menurut laporan AFP diputuskan sebagai bunuh diri.-2/2/2026



