
Polis siasat dakwaan pelakon lelaki diliwat
Polis mengesahkan menerima laporan berhubung dakwaan kejadian seks luar tabii daripada seorang pelakon lelaki di di Kuala Lumpur pada Ahad.
Perkara itu disahkan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus yang memaklumkan menerima laporan berkenaan pada jam 6.11 petang.
“Kes ini membabitkan lelaki tempatan berusia 35 tahun dan ia masih dalam siasatan pihak polis,” katanya dalam satu kenyataan ringkas Isnin.
Terdahulu Harian Metro melaporkan, pelakon Alqal Sahar mendedahkan pernah melalui detik silam ketika kanak-kanak apabila menjadi mangsa gangguan seksual.
Alqal yang pernah tampil dalam beberapa drama popular di televisyen antaranya Diari Ramadhan Rafique mendedahkan perkara itu di laman Threads.
Alqar mendakwa pernah diliwat ketika masih kecil oleh individu dalam keluarganya sendiri, malah dikatakan turut mempunyai pengaruh dalam industri seni.-2/2/2026



