TAHUKAH ANDA

FIFA kata Iran akan sertai Piala Dunia walaupun tengah berperang

Ini menarik… Presiden Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), Gianni Infantino menegaskan Iran akan tetap menyertai Piala Dunia dan beraksi dalam semua perlawanan kumpulan mereka di Amerika Syarikat (AS) seperti dijadualkan, walaupun sedang berdepan konflik di Timur Tengah.

“Iran akan berada di Piala Dunia. Kami gembira kerana Iran adalah pasukan yang sangat kuat. Saya bertemu pemain dan jurulatih mereka, semuanya baik-baik sahaja,” kata Infantino kepada AFP pada separuh masa perlawanan persahabatan Iran menentang Costa Rica.

Iran dijadual memulakan saingan Kumpulan G menentang New Zealand di Los Angeles pada 15 Jun, diikuti Belgium juga di Los Angeles pada 21 Jun dan Mesir di Seattle pada 27 Jun.

Penyertaan Iran sebelum ini diragui ekoran perang yang meletus antara AS dan Israel pada 28 Februari lalu.

Persatuan Bola Sepak Iran dilaporkan sedang berunding dengan FIFA untuk memindahkan perlawanan mereka ke Mexico, manakala Presiden Mexico, Claudia Sheinbaum menyatakan kesediaan negaranya menjadi tuan rumah sekiranya diperlukan.

Dalam pada itu, Infantino turut menekankan bahawa perlawanan Iran akan berlangsung mengikut undian asal.

“FIFA berharap semua pasukan dapat bertanding dalam semangat sukan yang adil dan hormat-menghormati,” katanya.

Piala Dunia dijadual berlangsung di AS, Mexico dan Kanada bermula 11 Jun ini.-1/4/2026

Berita Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button