Aktivis kemanusiaan yang juga pengasas ZRA Strim, Zainal Rashid Ahmad dipercayai ditahan oleh rejim Israel yang memintas kapal mereka diperairan Mediterranean , awal pagi Khamis.
Turut dipercayai ditahan ialah dua lagi rakyat Malaysia Dr Jihan dan Kapten Osman.
Sebelum ini media melaporkan misi pelayaran kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) berdepan ancaman apabila bot tentera Israel mengepung dan memintas 11 kapal GSF secara tidak sah berhampiran zon mencari dan menyelamat di perairan Greece.
Kapal yang dinaiki ZRA adalah Arkham III atau Al-Faluja, manakala Dr Jihan dan Kapten Osman menaiki kapal Eros I.
Sementara itu, akaun rasmi Instagram (IG) Sumud Nusantara menyatakan apa yang berlaku itu mencetuskan kebimbangan serius terhadap keselamatan misi serta pelanggaran undang-undang antarabangsa.
Sebelum ini media melaporkan misi pelayaran kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) berdepan ancaman apabila bot tentera Israel mengepung dan memintas 11 kapal GSF secara tidak sah berhampiran zon mencari dan menyelamat di perairan Greece.
Sementara itu, akaun rasmi Instagram (IG) Sumud Nusantara menyatakan apa yang berlaku itu mencetuskan kebimbangan serius terhadap keselamatan misi serta pelanggaran undang-undang antarabangsa.
“Flotila kemanusiaan di perairan antarabangsa kini berdepan ancaman apabila kapal tentera Israel dilaporkan mengepung dan memintas sekurang-kurangnya 11 kapal.
“Kerajaan-kerajaan mesti bertindak segera untuk melindungi flotila ini serta memastikan Israel dipertanggungjawabkan atas pelanggaran terang-terangan terhadap undang-undang antarabangsa dan genosid berterusan terhadap rakyat Palestin.
“Dunia tidak boleh berdiam diri. Lindungi flotila. Tamatkan kepungan. Bebaskan Palestin,” katanya dalam media sosial berkenaan.
Sementara itu Ketua Pengarah Operasi Sumud Nusantara (SNCC) Datuk Dr Sani Araby Abdul Alim Araby mengesahkan 10 rakyat Malaysia antara 186 peserta terputus hubungan.
Menurutnya, sebanyak 22 kapal daripada keseluruhan 63 peserta telah dipintas oleh tentera rejim Zionis.
“Mereka ditahan dan diculik secara tidak sah,”katanya.- 30/4/2026

