Ini juga satu kisah yang jadi buah mulut dikalangan orang politik.
Ia terjawab pada Sabtu bila Menteri Besar Terengganu ,Datuk Seri Samsuri Mokthar yang juga Pengerusi Perikatan Nasional diumum sebagai ketua pembangkang bagi menggantikan bekas Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin.
Selain Menteri Besar, Ahmad Samsuri juga merupakan Ahli Parlimen Kemaman dan Naib Presiden PAS.
Satu kenyataan PN beritahu pemilihan Ahmad Samsuri disetujui dalam mesyuarat berlangsung di Kuala Lumpur yang dihadiri semua anggota Majlis Tertinggi PN.
Sementara itu PN juga mengumumkan pelantikan pengerusi negeri.
Naib Presiden Bersatu yang juga Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Radzi Jidin, diberi kepercayaan mengetuai dua negeri iaitu Melaka dan Wilayah Persekutuan.
Bagi Terengganu pula, jawatan yang sebelum ini disandang Ahmad Samsuri digantikan dengan Ahli Parlimen Kuala Nerus, Alias Razak.
Pelantikan jawatan pengerusi bagi Negeri Sembilan “ditangguhkan”.
Berikut ialah senarai lengkap seperti yang diumum Takiyuddin hari ini:
Perlis: Shahidan Kassim (PAS)
Kedah: Sanusi Md Nor (PAS)
Pulau Pinang: Dominic Lau (Gerakan)
Perak: Ahmad Faizal Azumi (Bersatu)
Selangor: Azmin Ali (Bersatu)
Negeri Sembilan: Ditangguhkan
Melaka: Radzi Jidin (Bersatu)
Johor: Sahruddin Jamal (Bersatu)
Pahang: Tuan Ibrahim Tuan Man (PAS)
Terengganu; Alias Razak (PAS)
Kelantan: Ahmad Yakob (PAS)
Sabah: Aliakbar Gulasan (PAS)
Sarawak: Jaziri Alkaf Abdillah Suffian (Bersatu)
Wilayah Persekutuan: Radzi Jidin (Bersatu)
-16/5/2026

