Tandatanya paling panas yang ligat legar mengenai halatuju politik Datuk Seri Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad sudah terjawab petang Ahad.
Mereka mengambilalih Parti Bersama Malaysia yakni parti yang didaftarkan di Pulau Pinang pada 2016.
Serentak itu Rafizi yang merupakan bekas Timbalan Presiden PKR itu umum kosongkan kerusi kawasan Parlimen Pandan manakala Nik Nazmi bekas Naib Presiden kerusi Parlimen Setiawangsa.
Kedua mereka juga umum keluar PKR.
Majlis pengumuman hala tuju politik mereka diadakan di sebuah dewan yang sesak dihadiri orangramai di Petaling Jaya.
Ia turut dihadiri olehm lima Ahli Parlimen PKR yakni Bakhtiar Wan Chik Balik Pulau, Wong Chen (Subang), Rodziah Ismail (Ampang), Kesavan Subramaniam (Sungai Siput), dan Zahir Hassan (Wangsa Maju).
Ketika berucap pada majlis berkenaan Rafizi beritahu mereka ambil alih Parti Bersama Malaysia itu yang akan guna lambang kancil tanpa bayar satu sen pun.
Bekas Menteri Ekonomi itu beritahu parti berkenaan akan bertanding di mana-mana kerusi yang wajar ditandinginya tanpa mengira sebelumnya ia disandang oleh mana-mana parti samaada PKR,DAP,UMNO,Amanah,PAS,Bersatu atau lain-lain.
Katanya mereka akan berentap di gelangang pilihanraya dengan mengambil pendirian ‘kamikaze’.
Menurutnya parti berkenaan akan menjadi wadah kepada seluruh rakyat Malaysia yang inginkan perubahan dalam corak kepimpinan politik.- LAPORAN LANJUT AKIAN MENYUSUL

