BN umum tanding semua kerusi DUN di Johor….ini jawapan Anwar

Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak lagi main basa basi dalam menyuarakan pendirian terhadap Langkah Barisan Nasional untuk bertanding semua kerusi Dewan Undangan Negeri di Johor.

“Kita tengah dikejutkan dengan keputusan BN, UMNO yang mahu bertanding semua kawasan (DUN) di Johor, saya tidak terkejut kerana kita dah pantau. Itu keputusan mereka.

“Sementara ini, kepimpinan pusat masih baik dan harmoni. Tetapi, kalau mereka ambil keputusan bertempur di Johor, hari ini PH ambil keputusan menjawab dengan tegas, PH akan bertanding di semua kawasan.

“Di Negeri Sembilan, kita bertanding semua. Selangor, Pulau Pinang, Pahang, kita bertanding semua. Tetapi, saya sebut ini kalau mereka yang mula melanggar, kita tegas, kalau runding baik, kita orang baik dan sabar serta bijak, kita mahu selamatkan negara ini sebab kita amalkan politik stabil.

Semalam, Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi mengumumkan BN akan bertanding di semua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada PRN Johor akan datang.

Berucap pada Konvensyen PH 2026 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada di Johor Baru pada Ahad Anwar berkata ,”Johor dan Negeri Sembilan, kita lawan semua. Johor sedia? Negeri Sembilan sedia? Lawan tetap lawan.”

Bagaimanapun berkata, masih ada ruang perbincangan sebelum sebarang keputusan muktamad diputuskan.

Katanya sekiranya pertempuran yang dipilih, pihaknya juga tidak teragak-agak untuk mengadakan PRU lebih awal.

“Dalam tempoh terdekat, saya akan adakan rundingan dengan pimpinan PH bukan sahaja di negeri ini, tetapi kalau ginilah cara kita diperkotak-katikkan (hubungan), mungkin PRU seluruh negara diadakan.

“Keputusan tarikh itu Perdana Menteri yang buat, tetapi biarlah kita putuskan bersama, harus dengar nasihat kawan-kawan juga,” katanya.- 17/5/2026

This site uses cookies to offer you a better browsing experience. By browsing this website, you agree to our use of cookies.