Harga elektrik tinggi dokong inflasi – Bank Negara

Inflasi Malaysia pada Mei lalu telah memperlihatkan peningkatan berkala apabila rekod menyeluruh mencatatkan kenaikan kepada 2.0% – peningkatan ini antaranya didorong akan tekanan harga elektrik yang lebih tinggi.

Tekanan ini jelas Bank Negara Malaysia (BNM) pada notis sorotan bulanan ekonomi Malaysia berlaku susulan pelaksanaan surcaj disebabkan kenaikan kos penjanaan semasa.

Selain elektrik, kenaikan inflasi menyeluruh itu turut didorong akan perkembangan harga barangan bukan teras lain seperti sayur-sayuran.

Tekanan ini bagaimanapun diimbangi dengan inflasi yang lebih rendah pada tambang penerbangan domestik dan bahan api runcit terutamanya RON97 dan diesel.

BNM akui ketidaktentuan pasaran global disebabkan konflik Timur Tengah ini terus menyebabkan Malaysia kekal berwaspada akan prestasi pertumbuhan semasa dan menerapkan langkah sokongan pada pasaran secara berkala.

Setakat ini sentimen pasaran semasa dilihat semakin bertambahbaik dengan ringgit menambah nilai sebanyak 0.1% berbanding dolar AS dan secara amnya mengatasi prestasi mata wang serantau yang lain.-1/7/2026

This site uses cookies to offer you a better browsing experience. By browsing this website, you agree to our use of cookies.