PN main isu tumbang kerajaan…UMNO Perlis bersuara

Badan Perhubungan UMNO Negeri Perlis sudah naik fedup dengan tindak tanduk cakap tak serupa bikin pimpinan Perikatan Nasional yang terus menerus main isu nak tumbangkan kerajaan perpaduan.
Merujuk pada kenyataan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mengenai isu itu seperti dilapor media pada Khamis ia mengingatkan tentang pelbagai implikasi ekonomi yang kelak boleh menyulitkan rakyat.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Perlis Dato’ Rozabil Abdul Rahman menerusi satu kenyataan media pada Jumaat desak mereka hentikan segera perbuatan yang tidak bertanggongjawab ini.
Katanya UMNO Perlis berpandangan kenyataan yang berulang-ulang sepanjang tahun oleh Sanusi dan pimpinan Perikatan Nasional lainnya untuk menjatuhkan kerajaan adalah perlakuan jenayah serius yang membawa pelbagai ketidaktentuan dan mengganggu ketenteraman masyarakat.
“Implikasi yang lebih besar adalah hilangnya keyakinan pelabur untuk membawa pelaburan masuk ke negara kita disebalik pelbagai usaha pemulihan ekonomi dan nilai mata wang yang sedang digerakkan oleh kerajaan.
“Di suatu masa, pimpinan Perikatan Nasional bercakap tentang pentingnya kerajaan menggandakan usaha pemulihan ekonomi sementara di masa lain mereka melakukan tindakan-tindakan yang jelas menjurus kepada sabotaj ekonomi negara agar Kerajaan Perpaduan dilihat tidak efektif dalam mengendalikan proses pemulihan ekonomi ini.
“Perlakuan sabotaj ekonomi ini memberi kesan negatif yang berterusan kepada nilai mata wang serta risiko peningkatan kadar inflasi dan tekanan terhadap kuasa beli rakyat.
“Ringkasnya, segala tindak- tanduk pimpinan Perikatan Nasional dalam perkara ini amat tidak bertanggungjawab dan membawa tekanan kesusahan kepada rakyat Malaysia,”ujarnya.
Rozabil yang juga Ketua UMNO Bahagian Arau kata kerajaan perlu mengambil tindakan tegas sekiranya perkara ini berterusan.
Dalam pada itu,katanya sekiranya betul pihak Perikatan Nasional mempunyai cukup jumlah untuk membentuk kerajaan, silalah berurusan dengan Yang DiPertuan Agong dan insitutisi Parlimen Malaysia secara tertutup dan ambil-alih pentadbiran negara ini secara terhormat.
“Jangan sabotaj ekonomi negara! Jangan aniaya rakyat,”tegasnya.-5/1/2024
BADAN PERHUBUNGAN UMNO NEGERI PERLIS
5 Januari 2024
KENYATAAN MEDIA
HENTIKAN PERLAKUAN SABOTAJ EKONOMI
Badan Perhubungan UMNO Negeri Perlis merujuk kenyataan media oleh YAB Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, Menteri Besar Kedah dan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, berhubung usaha Perikatan Nasional untuk menumbangkan kerajaan sebagaimana yang dilaporkan media semalam.
UMNO Perlis berpandangan kenyataan yang berulang-ulang sepanjang tahun oleh Sanusi dan pimpinan Perikatan Nasional lainnya untuk menjatuhkan kerajaan adalah perlakuan jenayah serius yang membawa pelbagai ketidaktentuan dan mengganggu ketenteraman masyarakat.
Implikasi yang lebih besar adalah hilangnya keyakinan pelabur untuk membawa pelaburan masuk ke negara kita disebalik pelbagai usaha pemulihan ekonomi dan nilai mata wang yang sedang digerakkan oleh kerajaan.
Di suatu masa, pimpinan Perikatan Nasional bercakap tentang pentingnya kerajaan menggandakan usaha pemulihan ekonomi sementara di masa lain mereka melakukan tindakan-tindakan yang jelas menjurus kepada sabotaj ekonomi negara agar Kerajaan Perpaduan dilihat tidak efektif dalam mengendalikan proses pemulihan ekonomi ini.
Perlakuan sabotaj ekonomi ini memberi kesan negatif yang berterusan kepada nilai mata wang serta risiko peningkatan kadar inflasi dan tekanan terhadap kuasa beli rakyat. Ringkasnya, segala tindak- tanduk pimpinan Perikatan Nasional dalam perkara ini amat tidak bertanggungjawab dan membawa tekanan kesusahan kepada rakyat Malaysia.
Oleh yang demikian, UMNO Perlis menggesa supaya dihentikan segala kenyataan umum berkaitan isu ini dan kerajaan mengambil tindakan tegas sekiranya perkara ini berterusan.
Sekiranya betul pihak Perikatan Nasional mempunyai cukup jumlah untuk membentuk kerajaan, silalah berurusan dengan Yang DiPertuan Agong dan insitutisi Parlimen Malaysia secara tertutup dan ambil-alih pentadbiran negara ini secara terhormat.
Jangan sabotaj ekonomi negara! Jangan aniaya rakyat!
BERSATU – BERSETIA – BERKHIDMAT
DATO’ ROZABIL ABDUL RAHMAN
Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Perlis